JURUTERA ELEKTRIKAL :)

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Hello,I'm Haniff.Nice To Meet U'All.Have A Nice Visit On My Blog.

Monday, 31 October 2011

Dream ~

Ahmad dan Leha berjumpa di dalam disko.
Sebenarnya telah berlaku salah faham antara mereka berdua. Ahamd merupakan teman lelaki kepada Leha. Leha berada dalam keadaan marah dan teman lelakinya tidak tahu apakah puncanya. Lalu datang seorang lelaki yang berambut panjang dan bercermin mata hitam menghampiri teman wanitanya itu lalu dia pun duduk bersama-sama dengan mereka. Tanpa dijangka Leha duduk di atas riba lelaki yang berambut panjang itu. Kebingungan Ahmad dibuatnya dengan tindakan Leha itu. Tiba-tiba lelaki berambut panjang itu memeluk Leha rapat-rapat daripada belakang. Ahmad menjadi tidak keruan dan cuba memikirkan apakah sebab Leha berbuat demikian. "Apa salah Ahmad sampai Leha membiarkan sahaja lelaki ini memeluk engkau?",tanya Ahmad. Leha mendekatkan mulutnya di telinga Ahmad dan membisikkan sesuatu kepadanya. Tetapi Ahmad tidak dapat mendengar bisikan Leha kerana laungan musik rancak yang kuat di dalam disko. Lelaki berambut panjang itu menarik Leha kembali ke pangkuan ribanya dan cuba untuk mencium leher Leha. Ahmad yang berada dalam keadaan marah terus menghanyunkan 'buku lima'nya tepat ke muka lelaki itu dan Leha terkejut akan tindakan Ahmad lalu beredar dari tempat itu. . . .

Apakah salah Ahmad sebenarnya kepada Leha?

No comments:

Post a Comment